Kuih yang mak saya buat pada hari Raya Aidilfitri kali ini ialah:
Kuih Tart Nanas
Kuih Aiskrim
Kuih Puteri Salju
Kuih Polo Marble
Biskut Hersheys
Wednesday, 28 August 2013
Kebudayaan Sambutan Aidilfitri

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.
Keesokan harinya, semua umat Islam, lelaki dan perempuan akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Di negara kita, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun.
Bermula seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan membuat persiapan tertentu untuk menyambut kedatangan hari raya ini. Antara tradisi umat Islam di negara ini, menjelang kedatangan 1 Syawal ini, adalah dengan menyediakan pakaian baru untuk keluarga, menghias rumah, dan membuat berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.
Selain itu juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga. Kadar nilai zakat ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu makanan asasi rakyat di negara kita.
Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini untuk pulang ke kampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu-bapa masing-masing. Pada pagi hari raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari yang muda kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisi kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan silaturrahim.
Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadah tradisional seperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu yang datang berkunjung dan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita pada hari raya, iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda.
Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebih bermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.
Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan hari raya Aidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh masyarakat yang hadir. Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.
sumber dari: http://www.Nathdeya Natthassyah blogger.com
Makanan tradisional pada Hari Raya Aidilfitri makanan masyarakat melayu pada Hari Raya Aidilfitri
Ketupat
ialah sejenis makanan tradisional yang sangat di gemari pada Hari Raya
Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.Ketupat adalah satu menu utama
apabila tiba perayaan ini dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Ketupat pula ada dua jenis - ketupat daun palas dan ketupat nasi (daun
kelapa). Kedua-dua ketupat ini memerlukan kepakaran menganyam daun
kelapa atau membungkus dan menyimpul daun palas.Kelongsong ketupat yang
dianyam memerlukan kepakaran untuk mengelakkan ketupat terburai semasa
di masak.Keunikan ketupat ini adalah keharuman dan keenakannya apabila dibungkus menggunakan daun kelapa muda atau daun palas.
Selain itu, sejenis makanan tradisional
yang terkenal di kalangan penduduk Malaysia ialah lemang.
Lemang ialah makanan daripada beras pulut yang dimasak dengan santan
dan disalut dengan daun pisang yang sudah siap diisi di dalam batang
buluh.Untuk memasukkan beras pulut dan santan itu memerlukan kepakaran
bagi
memastikan isinya tidak tumpah bila buluh dibakar dan mengembang.
Membakar lemang juga memerlukan kesabaran kerana ia mengambil masa
berjam-jam lamanya kerana api tidak boleh terlalu besar dan
menghanguskan lemang, atau lemang tidak masak dengan rata, jika bara api
tidak sekata.Untuk mengeluarkan lemang yang sudah dimasak, batang buluh
perlu
dibelah dan isi lemang yang panjang, dibiarkan sejuk dahulu sebelum
dipotong dengan mudah.
Lemang boleh dibeli
di gerai-gerai yang menjual kuih, terutamanya di pasar malam. Lemang lebih
banyak didapati ketika hari raya. Boleh dikatakan setiap rumah di pantai barat
Semenanjung menghidangkan lemang pada hari raya. Rasa lemang enak. Lemang
sesuai untuk sarapan atau minum petang. Lemang bertambah enak apabila dimakan
bersama rendang. Rendang adalah sejenis lauk yang paling
popular. Jika dahulu rendang disajikan bersama nasi, ketupat, lemang atau
lontong pada hari perayaan, kini boleh diperolehi pada bila-bila masa sahaja.
Pada
hari –hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha,
rendang daging atau rendang ayam lebih banyak dimasak. Keadaan ini disebabkan
lemang dan ketupat dimakan bersama rendang pada hari-hari perayaan tersebut.
Kini
lemang dan ketupat bukan sahaja menjadi menu utama masyarakat melayu,
tetapi telah mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia yang lain.
Lemang dan ketupat bukan sahaja boleh diperolehi semasa musim perayaan,
tetapi pada hari biasa juga. Secara tidak langsung, ketupat dan lemang
menjadi salah satu menu masyarakat Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)