Kebudayaan

Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.

Keesokan harinya, semua umat Islam, lelaki dan perempuan akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Di negara kita, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun.

Bermula seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan membuat persiapan tertentu untuk menyambut kedatangan hari raya ini. Antara tradisi umat Islam di negara ini, menjelang kedatangan 1 Syawal ini, adalah dengan menyediakan pakaian baru untuk keluarga, menghias rumah, dan membuat berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Selain itu juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga. Kadar nilai zakat ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu makanan asasi rakyat di negara kita.

Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini untuk pulang ke kampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu-bapa masing-masing. Pada pagi hari raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari yang muda kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisi kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan silaturrahim.

Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadah tradisional seperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu yang datang berkunjung dan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita pada hari raya, iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda.

Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebih bermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan hari raya Aidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh masyarakat yang hadir. Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.


sumber dari: http://www.blogger.com



Baju Melayu (bahasa Arab: باجو ملايو) ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok. Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat.
Baju Melayu biasanya dipakai di Brunei, Malaysia dan Singapura oleh orang-orang Melayu, walaupun penggunaannya di Singapura biasanya terhad kepada hari Jumaat di masjid, dan Aidilfitri. Lelaki Brunei dan Malaysia biasanya memakai baju untuk majlis-majlis keagamaan yang umum, seperti melawat masjid atau untuk perhimpunan agama. Walaupun begitu, di Malaysia dan Brunei, ia biasanya dipakai di acara-acara formal, seperti perayaan dan perkahwinan. Sesetengah syarikat membenarkan pekerja lelaki mereka untuk memakai baju Melayu pada hari Jumaat, sedangkan yang lain telah ia sebagai satu dasar. Pada keseluruhan Singapura sering merujuk kepada sebagai sebuah baju Kurung, walaupun istilah ini di Malaysia biasanya hanya merujuk kepada pakaian yang sama bagi wanita. Di Indonesia, kedua-dua Baju Melayu dalam kedua-dua gaya kolar (dan lain-lain pakaian Melayu seperti baju Kurung) adalah popular di wilayah besar dengan penduduk Melayu seperti Riau, Kepulauan Riau, Kalimantan Barat dan wilayah beberapa yang lain. Baru-baru ini, baju Melayu telah menjadi lebih popular dan dipakai bukan sahaja di acara-acara tradisional, tetapi juga di majlis-majlis rasmi.[perlu rujukan] Pegawai kerajaan yang memakai baju Melayu dengan bangganya semasa acara-acara rasmi (acara kebangsaan). Ia juga dipakai sebagai pakaian seragam dalam Silat, seni mempertahankan diri tradisional Melayu.
Baju Melayu bewarna hitam dengan kain songket hitam bersulam dengan benang emas dianggap satu bentuk pakaian rasmi, dan pakaian rasmi diperlukan semasa acara-acara rasmi negara, terutama orang-orang yang sangat formal seperti sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong rasmi. Duta Malaysia membentangkan kelayakan mereka kepada ketua negeri asing juga dikehendaki untuk memakai hitam Baju Melayu. Baju Melayu berwarna putih dipakai oleh kerabat diraja Malaysia apabila berkabung lulus dari ahli keluarga diraja.
 

sumber daris: ms.wikipedia.org/wiki/Baju_Melayu

No comments:

Post a Comment